28 November, 2012

Kelebihan dan kebaikan bawang putih untuk badan kita

Kelebihan dan kebaikan bawang putih untuk badan kita

Allium sativum atau lebih dikenali sebagai bawang putih digunakan secara meluas di seluruh dunia bagai bahan perasa. Selain itu,ia juga mempunyai pelbagai khasiat dan manfaat untuk kesihatan tubuh badan kita.






Antara khasiat dan manfaat bawang putih ialah:

1. Menghalang kemerosotan otak dan meningkatkan sistem kekebalan

2. Membantu melambatkan proses penuaan.

3. Menghalang pertumbuhan sel kanser dan mengurangkan risiko terkena kanser.

4. Membantu menurunkan kadar kolesterol sekiranya diambil secara rutin dalam jangka waktu tertentu

5. Menolong mencegah penggumpalan darah melalui zat anti-kolesterol iaitu ajoene.

6. Membantu meredakan tekanan,rasa cemas dan kemurungan.

7. Mengandungi vitamin A, vitamin B,vitamin C, kalsium dan juga potasium .

8. Mengandungi antioksidan, karotena dan selenium.

9. Mengambil 2-3 ulas bawang putih sehari dapat menghindar dari penyakit jantung.


10. Menyembuhkan tekanan darah tinggi .

Menu makanan sey sekarang..Tak boley lebih wooo


Manu makanan sey skg.. Nasi semangkuk jo... Sayur lobih
Sejak mengamalkan diet untuk menguruskan balik badan nie... semua kena catu. Makan tak boley lebih-lebih woo. Kena check kcal berapa yang boleh makan ari nie. Kalau terlebih, kena kontrol balik.. Berat kena check seminggu sekali. Ada naik ka..turun ka... Buat masa sekarang..besat sey yang still turun dengan cemerlang.. Mama ehh macam statik jo har har har.


Tambah effeck untuk nampak cantik dalam gambar pehhhh Yg nie sey punyo.
 Makan kena lebihkan sayur atau ulam-ulam.

27 November, 2012

Urologi? Nefrologi??

Signboard Bahagian Urologi & Nefrologi
Urologi adalah bedah khusus yang berfokus pada saluran kemih laki-laki dan perempuan, dan pada sistem reproduksi laki-laki. Profesional medis yang mengkhususkan diri di bidang urologi disebut urolog dan dilatih untuk mendiagnosa, mengobati, dan mengelola pasien dengan gangguan urologis. Organ ditutupi oleh urologi termasuk ginjal, ureter, kandung kemih, uretra, dan organ-organ reproduksi pria (testis, epididimis, vas deferens, vesikula seminalis, prostat dan penis). Baik urologist dan Ahli Bedah Umum beroperasi pada kelenjar adrenal.

Dan ...Apa Yang Dimaksud Dengan Nefrologi?

Nefrologi adalah spesialisasi ilmu kedokteran yang berkonsentrasi pada diagnosa, penanganan dan pencegahan dari penyakit, gangguan dan kondisi dari ginjal, seperti pembentukan batu ginjal, homeostasis cairan dan elektrolit dan pengaturan tekanan darah.

Aktivity mengisi maso terluang ngan handphone dan bergossip
Yang nie nak ceritokan kat sini sekarang hah. Ari nie bersamaan dengan 27 Nov 2012, Sey mo Wife , pi hantar abang ipar ke Hospital Besar Kuala Lumpur kerana untuk buat pemeriksaan tentang batu karang dalam buah pinggangnya. Kat sana kena pergi ke bahagian UROLOGI dan NEFROLOGI. Memulo tak tahu laie apo makno ehh. Tapi rato2 yang sey jumpo kebanyakkannya pasai batu karang la. Rupo-rupanya kat sinilah tempat untuk rawatan penyakit uang semuanya dari pinggang ke bawah..termasuk pundi kencing, buah pinggang dan lain-lain.

26 November, 2012

Green tea

Teh Mampu Melawan Pelbagai Risiko Penyakit
Oleh MUNIRA SALLEH

Menikmati teh bukanlah suatu yang asing bagi sebahagian penduduk dunia. Teh menjadi pilihan untuk dinikmati tidak kira waktu pagi, petang ataupun malam dari tempat mewah hingga ke warung-warung di tepi-tepi jalan.
Bagi sesetengah bangsa, minum teh dijadikan sebagai budaya dalam majlis atau upacara kehormatan. Contohnya, pasangan pengantin Buddha mempersembahkan minuman teh kepada ibu bapa mereka sebagai sebahagian daripada upacara perkahwinan.
Bangsa Inggeris mempunyai kebiasaan minum teh pada waktu petang. Tradisi yang dipanggil ´evening tea´ ini kebiasaannya dilakukan sekitar jam 5.00 petang. Segala kegiatan apabila masuk waktu tersebut perlu dipenuhi dengan acara minum teh. Dikatakan amalan ini diperkenalkan oleh Duchess of Bedford pada tahun 1788. Beliau mengundang teman-temannya untuk minum teh pada setiap pukul 5.00 petang di Belvoir Castle. Kebiasaan itu pula dilakukan oleh teman-temannya bersama keluarga mereka. Maka tersebarlah tradisi minum teh pada waktu petang.
Manakala istilah ´teh tarik´ pula begitu sinonim dengan rakyat Malaysia. Teh tarik ialah teh yang dicampur dengan susu, kemudian dituang dari satu gelas ke gelas yang lain setinggi mungkin seperti air yang sedang ditarik. Dikatakan Marie de Rabutin Chantal dan Marquise de Seven adalah antara orang yang pertama yang mencampurkan susu ke dalam teh.
Pada tahun 760 M, seorang Cina bernama Lu Yu telah menulis buku pertama yang memuatkan tentang tatacara minum teh berdasarkan agama Buddha Zen. Tatacara ini kemudiannya dibawa dan diperkenalkan oleh pendeta Buddha Zen ke Jepun bersama-sama dengan daun teh. Justeru, sejak lebih 500 tahun, masyarakat Jepun terkenal mempunyai upacara minum teh yang khas dan unik. Malah, tradisi itu diajar di sekolah dan menjadi sebahagian dari kurikulum pendidikan mereka. Di Jepun, teh juga digunakan sebagai minuman penenang ketika bermeditasi.
Teh diolah dengan pelbagai aroma dan campuran seperti teh halia, teli herba, teh hijau, teh chamomile dan lain-lain menjadikan ia bertambah enak untuk dinikmati.
Teh hitam berwarna hitam kerana melalui proses pengoksidan. Bahan kimia yang terdapat di dalam daun teh ini, iaitu tannin bertindak balas dengan udara. Apabila dibancuh, warna air ini akan menjadi kemerah-merahan. Setakat ini, teh ini menjadi pilihan paling popular di Barat.
Manakala teh hijau sangat popular di benua Asia. Dalam menghasilkan teh, daunnya yang kering akan dikukus untuk memusnahkan enzim yang terlibat dalam proses pengoksidaan. Teh ini mempunyai rasa yang agak pahit
Mengikut sejarah, daun teh ditemui oleh seorang pedagang China bernama Shen Nong pada tahun 2737 SM ketika beliau dalam satu perjalanan. Sampai di sebuah hutan, ketika sedang berehat, salah seorang pembantunya memasak air. Tiba-tiba jatuh sehelai daun ke dalam air yang sedang dimasak lalu mengeluarkan warna kecoklatan. Apabila diminum, badan pedagang itu menjadi segar selepas perjalanan yang jauh. Lalu, pokok yang mempunyai daun itu dibawa pulang dan tanamannya diperkembangkan.
Teh yang diperoleh dari China dibawa ke Eropah terutama Belanda dan Perancis oleh pedagang-pedagang Portugis. Bagi sebahagian masyarakat Belanda pada ketika itu, teh dijadikan minuman kalangan bangsawan sahaja.
Di sebalik kenikmatan dan kelazatan teh, terkandung juga khasiat yang menyihatkan badan dan mampu mencegah dari serangan penyakit terutama sekali teh hijau. Banyak kajian telah membuktikan antioksidan yang terdapat dalam teh dapat melindungi tubuh daripada penyakit tertentu seperti masalah kardiovaskular, stroke dan kanser. Flanovoid iaitu sejenis antioksidan yang terdapat dalam 3 cawan teh adalah lapan kali lebih kuat dari yang diperoleh daripada sebiji epal.
Satu kajian telah dilakukan di daerah Schizouka, Jepun pada tahun 1994. Hasilnya, kadar kematian masyarakat di situ 10 hingga 15 peratus lebih rendah dibandingkan dengan kadar kematian di daerah Jepun yang lainnya. Penyebabnya adalah kerana penduduk di situ lebih suka minum teh hijau secara teratur ditambah lagi dengan keadaan alam semulajadi yang masih terpelihara.
Radikal bebas terbentuk secara semulajadi dalam tubuh manusia. Molekul ini dapat merosakkan sel manusia. Molekul inilah yang menjadi salah satu penyebab kanser, termasuk berbagai jenis penyakit lain seperti jantung dan penuaan. Menurut satu kajian yang diterbitkan dalam Journal of Cellular Biochemistry edisi Julai, kandungan polifenol yang terdapat dalam teh berperanan sebagai pencegah kanser. Daun teh hijau yang telah dikeringkan mempunyai 40% kandungan polifenol. Polifenol adalah sejenis antioksidan yang sangat kuat yang mana ia mampu meneutralkan radikal bebas yang menjadi penyebab kanser. Antara jenis kanser yang boleh dicegah ialah kanser payudara, kanser paru-paru, kanser usus besar, kanser dubur, kanser hati dan kanser pankreas.
Berikut disenaraikan khasiat teh hijau secara ringkas :
  • • Membantu membakar lemak
Teh hijau dapat membantu mempercepat tingkat metabolisme kerana pengaruh antioksidannya yang membantu hati berfungsi secara lebih efektif.
  • • Melindungi daripada hepatitis
Hepatitis diukur dari tingginya kadar zat besi dalam hati. Teh hijau terbukti dapat menurunkan kadar zat besi di dalam badan.
  • • Melindungi daripada diabetes
Tingginya glukosa dan insulin dalam darah boleh menjadi penyebab diabetes. Polifenol dari teh hijau menghalang ´amylase´ sehingga dapat membantu menurunkan kadar gula dalam darah.
  • • Mencegah keracunan makanan
Minum teh hijau dapat menurunkan risiko keracunan makanan akibat bakteria kerana teh hijau dapat mencegah tumbuhnya bakteria berbahaya seperti ´clostridia´.
  • • Menurunkan tekanan darah
Penyebab utama hipertensi adalah sejenis enzim yang dikeluarkan oleh ginjal. Ubat hipertensi yang terkenal ialah ´ACE inhibitor´. Teh hijau merupakan ´ACE inhibitor´ semulajadi dan beberapa kajian menunjukkan tekanan darah tinggi menurun setelah diberi ekstrak teh hijau.
Sekalipun memiliki banyak manfaat, perlu diingat bahawa teh juga mengandung kafein. Jika diambil secara berlebihan, ia dapat menyebabkan beberapa gangguan seperti insomnia, berdebar hati dan ketidakaturan detik jantung. Namun kandungan kafein dalam teh masih tetap lebih rendah jika dibandingkan dengan kopi atau minuman ringan bersoda.

Selain kafein, antioksidan flanovoid yang terdapat dalam teh menghambat penyerapan zat besi dari unsur-unsur tumbuhan seperti sayur dan buah. Namun, zat besi dari daging tidak terpengaruh penyerapannya. Sekadar peringatan, apapun yang berlebihan tidak akan baik kesannya.

23 November, 2012

Barli


Khasiat Barli
  
Barli atau nama botaninya Hordeum Vulgarie dikatakan bijirin pertama yang telah ditanam di timur tengah kira-kira 9000 tahun dan mungkin juga merupakan bijirin terawal dan paling penting pada ketika itu.
Isi rong atau bijirin barli boleh dijadikan tepung, emping dan bran.Batangnya boleh dijadikan kertas dan bahan pembinan manakala keseluruhan tanaman boleh dijadiikan sebagai makanan haiwan ternakan.
Kajian klinikal di Australia, Kanada dan amerika Syarikat melaporkan bahawa serat daripada barli efektif dalam merendahkan kolesterol dalam darah. Serat yang tidak mudah larut dalam barli adalah penting bagi memastikan usus dapat berfungsi dengan sihat.

Beta-glucan adalah bahan utama dalam serat mudah larut yang didapati daripada isi rong. Barli daripada variety ' waxy' lebih tinggi kandungan beta glucan daripada jenis barli lain. Tahap beta-glucan yang tinggi dalam variety barli ini dikatakan bertanggung jawab dalam menigkatkan tahap glukosa dan lemak dalam darah di kalangan pesakit diabetes tahap 2.Tokotrienol dan tokoferol (tokol) merupakan minyak yang bertindak sebagai antioksida semula jadi. Antioksida membantu meneutralkan radikal bebas dan boleh mengurangkan risiko penyakit barah dan jantung.

Barli mengandungi tokol yang tinggi. Barli juga merupakan sumber baik bagi vitamin B dan sesetengah galian. Kromium sebagai contohnya merupakan galian yang merangsang penyejatan glukosa dalam darah. Penyelidik di Englad melaporkan barli mempunyai kromium yang tinggi dan dikatakan merupakan sumber terbaik kromuim.Pesakit diabetes perlu mngawasi tahap gula dalam darah dengan berhati-hati. Jika memakan barli dalam jumlah yang signifikan atau dimakan sebagai makanan tambahan. Hipoglisemia (gula dalam darah rendah) boleh berlaku.

Tunas bijirin barli bertindak sebagai pelega, pengeluar kahak dan pelembut. Kadang kala ia juga bertindak sebagai bahan yang boleh menyebabkan keguguran. Dikatakan tunas barli boleh digunakan untuk merawat dispepia serta muntah dan kekembungan akibat meminum susu ibu. Sebaik-baiknya tunas bijiran barli ini tidak diberikan kepada ibu yang menyusukan bayi kerana ia mengurangkan pengaliran susu.
Bijirin barli pula bertindak sebagai penghadam, pelega dan dikatakan sesuai dimakan sebagai makanan berkhasiat atau dijadikan air barli ( rebusan air barli dalam air ).Biji barli juga digunakan sebagai ramuan tampal untuk luka dan luka akibat terbakar. Bijirin barli juga dikatakan boleh membantu dalam menghilangkan berat badan kerana ia bertindak sebagai penahan selera makan. Air rebusan bijirin barli pula dikatakan mampu diambil sebagai penyejuk badan.

Malah dikatakan dikatakan jus barli hijau mengandungi 11 kali kalsium daripada susu lembu, hamper 5 kali besi dalam bayam, 7 kali vitamin c dalam oren dan 80 mg vitamin B 12 daripada 100 gram barli
Bagi penyakit serius seperti arthritis dan barah, pengambilan jus ramuan daun barli yang berwarna hijau atau yang telah dikeringkan, yang diambil dalam jangka masa dua jam selepas makan kepada 20 minit sebelum hidangan seterusnya dikatakan mampu membuatkan enzim-enzim digunakan dengan baik. Cara ini dapat membiarkan enzim diambil secara langsung dan sekali gus masuk ke dalam saluran darah di mana ia digunakan bagi memperbaiki dan menyembuhkan tubuh. Jus yang dihasilkan daripada daun barli juga dikatakan mampu merendahkan tahap kolesterol dalam darah. Bahan kimia dalam daun ini dikatakan mampu melambatkan penghasilan kerosakan saluran darah yang disebabkan oleh diabetes.
secara ringkasnya, barli berkhasiat untuk:
  • Mencegah/mengurangkan risiko Sembelit
  • Mengurangkan kadar kolesterol
  • Mencegah kanser
  • Mengurangkan risiko kencing manis
  • Menyejukkan badan
  • Memelihara buah pinggang.
  • Melawaskan kencing.
  • Membantu melancarkan penghadaman.

22 November, 2012

Ubah cara hidup...

Gamba sey before and after
Soda tak soda borek sey dari 110kg bertambah ke 115kg. Ado jugak usaha nak kuruh balik, tapi mengonangkan macam dah tuo sangat.. langsung jadi maleh.. Tapi skg nie, bilo konang2kan kang dapek macam-macam penyakit... timbul balik usoho nak slim river balik.

"Ubek kurus??" Sowee..den memang tak cayo ngan ubek2 kurus nie sobab den gomok nie pun tak makan ubek gomok pun..apasal lak bulih gomok kan.... Ubek ehh makan dan senaman jo... Dulu maso mudo2, senaman ehh pi Jemming jo..Head bangging tu pun dah beratus2 kalori ilang. Skg duduk, makan, tido..Kojo pun duduk manjang.. So bermulo taun nie pado July ari tu..sey dah ubah kepado makan patut2 jo dan potang ko, pagi ko pi kayuh basikal sejam. Pree2 time pi GYM..

Dari bulan July tujam sampai skg , sey dah dapek turunkan 30kg..Pehhhh daasatt tak??? Baru ompek bulan tu. Makan kono makan..Tidur plak jangan tak tidur.. Tidur copekk..Kul 11pm dah start nak tido bro.. Sarapan pagi wajib ambil.. Tapi berpado2 ler.. Banyakkan makan oat kalau lapa. Minam pakai susu topung jo.. Gulo mo susu krim pokat Bye-bye dah.


Tak sangko dapek jugak turunkan borek badan sampai 30kg tu..pehhh. Ado yg nak mencubo..bulih ikut caro sey.. Berbaloi2. Kito pun dah tuo, sampai bilo nak gomok kan.. Dah pueh gomok dokek sepuluh taun dah ghaso ehh. Tibo maso ehh kito tranforme.. Chewahhh.

11 November, 2012

Like

[Tutorial] Macam Mana Nak Buat Butang Like Facebook Di Blog?

Hari itu ada orang request tutorial nak letak butang LIKE FB di blog macam aku punya nie. So here it goes ! :D

Pergi ke Dashboard > Design > Edit HTML
Tick Expand Widget
Tekan ctrl + f dan cari kod ini
data:post.body

Letakkan code di bawah ini SELEPAS code data:post.body tadi
<iframe allowTransparency='true' expr:src='"http://www.facebook.com/plugins/like.php?href=" + data:post.url + "&amp;layout=standard&amp;show-faces=true&amp;width=530&amp;height=60&amp;action=like&amp;colorscheme=light"' frameborder='0' scrolling='no' style='border:none; overflow:hidden; width:530px; height:60px'/>


Save dan siap !

10 November, 2012

Tiado alasan duduk kek bandar tak bersenam..

Basikal untuk bersenam tiap-tiap pagi.

Tiado alasan duduk kek bandar tak boleh bersenam.Dulu memang macam2 alasan sey bagi bilo nak bersenam. Bilo pikirkan dah lomo bona sey gomok dan pikirkan kesihatan.. sey pun boli basika nie dan pagi2 sey mo wife sey berkayuh basikal selamo sejam tiap2 tiap hari kalau tak ujan atau ado hal2 yg lain.. Bilo potang pulak ..pi Gym selamo sejam. Minam 3-1 kono jauhi seban dio lah punco banyak penyakit. Makan nasi kono kontrol secawan jo setiap kali makan.. Sarapan kono ambik.. Makan oat sebolum mengayuh basikal....

Tahun 2012 tahun kesihatan.

Tranformasi ke 70KG
Tahun 2012 ini merupokan tahun kesihatan bagi sey & family sey. Takut dapek sakit di usia awal 40an nie memandangkan borek sey dah mencocah 115kg. Donga pulak  kawan-kawan ado yg dapek strok , ado yg dapek macam-macam penyakit dan sey pun bilo pi check, kandungan glokos pun tinggi.

Raso tak sanggup nak dapek penyakit doh...tu yg sey buek perubahan drastik pado diri sey mo keluargo sekali. Makan kono kontrol.. Senaman kono buek, kalau bulih tiap2 hari kayuh basikal selamo sejam... Alhamdulillah..Borek sey dari 115kg dapek sey turunkan ke 86kg sekarang ketiko sey tongak menaip blog nie...

Start dari bulan July 2012 ari tu...baru ompek bulan... Target sey nak dapekkan borek BMI sey yg idel 67kg-70kg. Target laie 3 bulan dari sekarang...
Mintak2 tercapai lah hendaknyo..aminn

14 September, 2012

APA ITU BEKAM?


BEKAM adalah sistem rawatan perubatan Rasulullah s.a.w. yang dinyatakan oleh baginda dalam hadis-hadis berikut:

1.1 Daripada Anas bin Malik r.a., sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
"Bahawa tidak aku berlalu (berjalan) di malam Israk dengan Malaikat melainkan mereka berkata, wahai Muhammad perintahkan ke atas umat engkau dengan berbekam".

1.2 Daripada Nafiq r.a., sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
"Barangsiapa berbekam maka ke atasnya keberkatan dari Allah dan berbekam juga menghilangkan kahak, gelama (lendir) dan balgham (lemak)".

FAEDAH BERBEKAM


  • Membuang keracunan dalam badan yang menyebabkan mudah mendapat penyakit disebabkan terlalu banyak memakan ubat-ubatan (pil).
  • Memulihkan saraf dalam tubuh manusia.
  • Memulihkan sistem badan supaya berfungsi dengan baik.
  • Melancarkan pengaliran oksigen keseluruh badan bagi membolehkan badan kembali sihat.
  • Menambah dan menguatkan daya tahan badan supaya dapat mencegah penyakit.
JENIS PENYAKIT YANG DIRAWAT

Asma (lelah)
Darah tinggi
Kencing manis
Lemah jantung
Strok
Migrain/pitam/sakit kepala
Demam/batuk/selsema
Resdung/jerawat batu
Kencing tak lawas
Gaut/bisa-bisa sendi/tulang
Sakit pinggang
Kebas
Mandul
Lenguh-lenguh
Lepas bersalin
Terlalu gemuk/obesiti
Lemah tenaga batin
Senggugut/haid tidak teratur
Sakit buah pinggang
Sembelit/buasir
Gastrik
Sakit perut/angin
Kanser payudara/rahim/keputihan
Masalah semasa mengandung
sihir/jin/syaitan
penyakit kronik dan banyak lagi

KELEBIHAN BERBEKAM

Berbekam menyembuhkan penyakit dalam masa yang singkat, Insya'Allah. Amalan berbekam dapat mengelakkan diri dari penyakit-penyakit dan dapat menjaga kesihatan badan untuk beribadah.

PUNCA TERJADINYA PENYAKIT

Penyakit berpunca dari darah dalam badan tidak berfungsi lagi dan tidak berguna lagi untuk tubuh yang akhirnya menjadi keracunan yang menghakis kecergasan badan. Jika tidak dibuangkan toksin (kekotoran atau keracunan) tadi, lama-kelamaan badan tidak boleh bertahan, maka terjadilah penyakit iaitu seperti buah pinggang, kencing manis, darah tinggi dan lain-lain penyakit yang merbahaya.

MERAWAT PENYAKIT SECARA BEKAM

Sistem rawatan ini adalah sunnah Rasulullah s.a.w. di mana darah dan angin yang tidak berguna pada badan yang menyebabkan terjadinya penyakit akan dibuang dengan disebut keluar menggunakan alat bekam yang moden. Rawatan ini tidak mendatangkan kesan sampingan dan tiada bahaya pada tubuh badan.

MERAWAT PENYAKIT

Penyakit yang dihidapi perlu dirawat sehingga pulih. Pesakit adalah dinasihatkan agar membuat rawatan empat kali berturut-turut mengikut jadual yang ditentukan. Jika tidak biasanya penyakit tidak sembuh sepenuhnya.

BERBEKAM MENDAPAT KEBERKATAN


Umat Islam hendaklah mengamalkan BEKAM sekurang-kurangnya setahun sekali di kepala pada bulan Rejab ataupun bulan Sya'aban untuk mendapat keberkatan dari Allah.

Ada banyak pusat khidmat bekam di Ulu Langat ini. Saya memilih untuk berbekam di AL-YAKIN Prima Saujana anak cawangan AL-YAKIN Pusat Bandar Melawati kerana menyedari ada sebuah pusat bekam yang telah wujud lebih dua dekad yang lalu. Pusat Bekam AL-YAKIN ini dimiliki oleh Haji Ibrahim bin Haji Mokhsen dan keluarga dan di Prima Saujana dimiliki oleh anak beliau En Muhammed Mujahid bin Ibrahim.

Sept 2012... Selepas 2 bulan dugaan.

Semoga Sept ini menaikan kembali kejatuhan sey dan perniagaan sey yg toruk menjunam jatuh sejak dari Julai sampai Ogos. Kejatuhan yg teramat toruk bersama downnya masaalah kesihatan sey. Sememangnya segala dugaan ini datang dari ALLAH untuk sey. Sey reado seadonya.

Dugaan ALLAH ini bermakna ALLAH masih sayangkan kita dan kita kena terima dengan hati yg reado. Sey selalu berdoa semoga diri sey mo mak dan abah sey serta isteri,keluarga dan adik2 sey sentiaso dilindungi dari segala marabahayo serta penyakit2 yg berbahayo serta dikurniakan kebaikan kesihatan  dan dipanjangkan umo.

Amin..

Sey jadikan tahun 2012 ini merupokan tahun kesihatan buat keluargo sey mo omakdan abah sey serta adik-adik sey. Amalan sunnah seperti susu kambing, bokam, madu dan lain-lain telah sey priktikkan bersamo keluargo. Sesunggihnya amalan para Rasul2 kito merupakan amalan yg terbaik untuk kito ikuti di samping memohon doa kepada ALLAH untuk dikurniakan kebaikan kesihatan dan dijauhkan segala penyakit.

Sememangnyo selamo ini sey main balun jo, makan apo sajo selagi berselero.Borek pun dah lobih segatuh kilo selamo 13 tahun tak soda-soda.. Dulu borek sey 65~70 lobih jo naik sampai 110kg...40kg tu..Dasat gilo. Skg tengah melakukan usaha penurunan drastik.. Awal Julai ari tu 115 kg turun sampai 90kg dalam 2bulan lobih. Makan dah dikurangkan bersamo senaman boleh dikatokan tiap-tiap hari. Alhamdulillah... segala usaha insyaallah boeh berjaya kembali ke borek asal sey dulu..

Mintak2 dijauhkanlah segalo penyakit dan musibah pado diri sey mo keluargo serto omak,abah dan adik2 sey...amin.

12 September, 2012

Tahun 2012 hampir berlalu..

     Taun 2012 nak ke penghujungnya.... maso yg dah poi takkan kembali.. Tahun nie tahun yg paling memberi erti sey pada kehidupan yg sey dah harungi selamo 41 tahun. Tahun yg sey mula memberikan perhatian pada kesihatan dan pada kesihatan rohani dan jasmani. Umor 40an ini semestinya kita kena beri keutamaan antara duniawi dan akhirat.

    Tahun yg macam-macam sakit mula nak muncul. Sey berdoa pada Allah yg satu semoga dikurniakan kebaikan kesihatan sey dan keluarga sey serta omak dan abah sey serta adik-adik. Semoga dijauhikanlah segala marabahaya di dunia dan akhirat.

   Maso berlalu poi samo laju dengan umo kito meningkat. Semoga kehidupan yang akan ditempuhi dapat kito menafaatkan kejalan yang diredai Allah...Amin.

24 Ogos, 2012

Tahlil kubur 2012 raya ke-2

Pado rayo ke-2 ari tu..kali pertamo joint tahlil kubur di tanah pekuburan Batu Kikir. Meriah betul. Genap 1 tahun Mak Su pergi mengadap ilahi. Semoga Mak Su berbahagia di sana bersama roh orang2 yang beriman sesungguhnya Mak Su sememangnya insan bersih  dari dosa dan semoga Mak Su memberi syaafaat pada keluarganya nanti...amin..


Published with Blogger-droid v2.0.4

02 Ogos, 2012

Yeh Yeh nak raya dah....

Selamat Hari Raya
Laie 2 minggu nak raye yeh yeh yehhh
Kek kodai pun , den dah pasang lagu ghayo... Walaupun ghayo tahun nie, den terpakso makan ala kada jo sebab-sebab kesihatan.. Ghayo totap diteruskan...
Solamat Hari Ghayo ..pado yg konal kek Den dan keluargo den...
Dam Dam Dum.. muye mocun..kui kui kui

21 Julai, 2012

Ramadan datang lagi 2012

Selamat berpuasa... Baru rasenya kita berpuasa ari tu.. Dah puasa balik. Pantas sungguh masa berlalu sekarang. Dunia dah nak akhir zaman. Di bulan penuh berkat ini, marilah kita sama-sama penuhi dengan ibadat sebanyak mana mungkin .. sesungguhnya Ramadan ini bulan ibadah dan bulan ujian untuk kita menahan nafsu. Selamat Berpuasa 2012. 

Semoga Ramadan ini lagi terbaek dari Ramadan kita yang sudah-sudah. Jangan puasa di siang hari.. di kadaq pada malam hari..har har har... 

07 Jun, 2012

Aiti Komputer...

Periuk nasi sey... I love my Aiti hu hu hu... Keja Sony bebelas tahun pun..tak cukup duit nak pi jenjalan ober sea.. Kerja mo Aiti..dah sampai ke China... Pass nie pi Mekah plak..insyaallah...


Published with Blogger-droid v2.0.4

02 Mac, 2012

Jumaat is my Holiday

Dah berpuluh-puluh tahun sey kojo.. manjang ahad merupakan holiday sey samo dgn orang lain. Sejak bekerja sendiri nie..sey istiharkan jumaat adalah holiday bagi kodai sey. Best apa..Orang lain kerejee..sey cuti sambil baring-baring..kul 1 pm pi mosojit..peh tu layan movie sambil makan-makan kerepek..pehh buek lak kopi o pokat...OOOOo best tul lah. Dah 3 tahun sey menikmati cuti ari jumaat nie..Best oiii..Jom la cubo.

Kadang-kadang tu layan movie sampai 3-4 movie..sebab den nak relex ehh. ari laie sey memang sibuk le... tak de kerja..tak de duit wooo.

27 Februari, 2012

Febuary pun dah nak berakhir..March akan datang..


Sungguh copek maso berlalu. Sepantas angin ghaso eh. Dalam pantas2 waktu berlalu ini..berbagai-bagai peristiwa yang terjadi dengan kekuasaan Allah S.W.T.

Dalam menjalani kehidupan yang ponuh cabaran ini, berbagai2 dugaan yang datang. Doa dan harapan sey moga-moga keluarga sey serta ibu dan abah sey serta adik-adik sey dilindungi Allah selalu. Terkini, kawan adai sey meninggal semaso tido. Memang tekojut mendonga eh. Sememang dan ada suratan eh dia meninggal time tu. Kita terpakso redho atas ketentuan Allah.

Macam tahun lopeh, kami kehilangan adik tersayang semasa semua bergembira menyambut hari raya. Dan Acik yang pergi meninggalkan kami semua juga tahun lopeh. Dua insan istimewa yang mewarnai kehidupan kami sekeluarga dahulu telah bersemadi dengan aman di sana. Kita yang masih bernafas ini kena teruskan kehidupan dengan tabah. Semoga roh mereka di tempatkan dikalangan roh orang-orang yang beriman.

07 Februari, 2012

Maso berlalu amek amek pantas

 Maso berlalu amek amek pantas. Macam baru sangat ghaso eh anak2 sey kocik laie dan comel lotey. Kini sumo dah bosa panjang dan tomey eh pun dah kurang.. Cumo Allah bagi lagi sorang yang tak kurang comey eh iaitu adik Nana yang pun dah mulo membosa macam akak akak eh yang berduo nie.



 
Dan sey mo omak eh kini beransur-ansur tuo. Memang copek botul maso berlalu poi.

Memang tak tergaso kalau kito tak menengok gamba-gamba lamo nie.

Dari tomey tomey kini dah mulo dewaso dan perangai pun dah tak tomey laie.  Dah remajolah katokan.

Harapan kecerian family sey nie berpanjangan dan doa sey mogo-mogo keluargo sey nie dilindungi Allah dengan di jauhkan dari pekaro-pekaro yang tidak diingini. Dan panjangkan lah umo kami sekeluarga dan abah dan omak sey serta adik begadik sey yang lain.amin..amin..amin

02 Februari, 2012

Lirik Lagu Zizan Feat. Kaka - Bawaku Pergi

Lirik Lagu Zizan Feat. Kaka - Bawaku Pergi
Lirik dah macam Syaitan pun ayat je... Hassan Ali tak nak bersuara ke pasai icon remaja wat lagu lirik macam siut macam nie. Memang la lagu punya irama sedap...
Tapi lirik macam syaitan menghasut remaja wat pekara maksiat

Zizan nie tak serik-serik wat kerja yang bercanggah dgn agamanya ... Hassan Ali apa cerita.. Mufti plak senyap je..Haramkan lagu nie sama penyanyinya sekali...

Cuba baca lirik hampeh lagu nie..kat bawah nie..

22 Januari, 2012

Pelamin pertunangan Mak Teh ehh

Dlm kul 11am kang..akan berlangsung majlis pertunangan adik den kui kui kui..iaitu Mak Teh anak-anak sey.


Published with Blogger-droid v2.0.3

Majlis pertunangan Mak Teh

Adik Nana sibuk menolong memasang tikar utk majlis nanti.


Published with Blogger-droid v2.0.3

21 Januari, 2012

Imran yang tomel

Imran yg tomel dah pendet rambutnye. Air liur dia tak melilih dah. Ahak ahak ahak. Anak buah den yang boboi yg ke 3.


Published with Blogger-droid v2.0.3

17 Januari, 2012

MPV bro...inilah masanya.

Inilah masanya..beralih ke MPV. Tiba sudah saatnya ahak ahak ahak.


Published with Blogger-droid v2.0.3
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tentang Blog

Blog ini merupakan blog keluarga den. Yang berkenaan dengan keluarga den ajo dan khas untuk keluarga den , harap maklum.

Ucapan

Kami sekeluargo mengucapkan selamat menyambut tahun baru pada semua yang mengenali den dan keluargo den umumnya dan kodai den amnyo..Apa azam baru??

Harian Metro: Setempat