27 Februari, 2012

Febuary pun dah nak berakhir..March akan datang..


Sungguh copek maso berlalu. Sepantas angin ghaso eh. Dalam pantas2 waktu berlalu ini..berbagai-bagai peristiwa yang terjadi dengan kekuasaan Allah S.W.T.

Dalam menjalani kehidupan yang ponuh cabaran ini, berbagai2 dugaan yang datang. Doa dan harapan sey moga-moga keluarga sey serta ibu dan abah sey serta adik-adik sey dilindungi Allah selalu. Terkini, kawan adai sey meninggal semaso tido. Memang tekojut mendonga eh. Sememang dan ada suratan eh dia meninggal time tu. Kita terpakso redho atas ketentuan Allah.

Macam tahun lopeh, kami kehilangan adik tersayang semasa semua bergembira menyambut hari raya. Dan Acik yang pergi meninggalkan kami semua juga tahun lopeh. Dua insan istimewa yang mewarnai kehidupan kami sekeluarga dahulu telah bersemadi dengan aman di sana. Kita yang masih bernafas ini kena teruskan kehidupan dengan tabah. Semoga roh mereka di tempatkan dikalangan roh orang-orang yang beriman.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tentang Blog

Blog ini merupakan blog keluarga den. Yang berkenaan dengan keluarga den ajo dan khas untuk keluarga den , harap maklum.

Ucapan

Kami sekeluargo mengucapkan selamat menyambut tahun baru pada semua yang mengenali den dan keluargo den umumnya dan kodai den amnyo..Apa azam baru??

Harian Metro: Setempat