16 Disember, 2008

Harapan tahun 2009


Harapan moga tahun 2009 menjadi tahun kejayaan Aiti Komputer.

Raya Tahun 2008 Raya pertama aku tanpa Sony.

Walaupun dah bergelar status perniaga tapi raya tetap raya walaupun handycam sony aku dah rosak. Nasib aku ada nokia handset yang boleh merakamkan gambar.
Tapi tahun ini anak-anak aku beraya tanpa atuk Bayainya yang telah kembali ke rahmatullah pada nuzur quran ramaddan tahun ini. Semoga allah mencucuri rahmat keatas rohnya. Walaupun tanpa, aku percaya anak-anak aku tetap mengingati atuknya. Raya rasa kurang seri tanpa Atuk Bayai (Bapa mertua aku). Rasanya raya tahun ini kita kurang berjalan raya sebab semua dah berkereta maklulah kereta dah murah kot sebab Mak Teh (Pijah) pun dah pakai kereta. Pelik tak. Walaupun kerja sementara tapi dah pakai MyV".

Puan Anisah pulak, memasang angan-angan nak pakai MP3 tak tahulah jadi tak. Harap-harap jadi. Toket Busat belum ada cita-cita nak pakai BMW lagi. Ekonomi tak stabil.



Tapi raya tahun ni kita orang plan nak pakai semua hijau tapi tak menjadi. Tengokla baju adik Nana, hijau tahi lembu aje. Baju Ayah hijau light...kakak emmm.


Tapi yang seronok Adik Nana lah sebab raya ni hari jadi dia yang ke 5 tahun. Ye ye... Dah 5 tahun dah ko Nana.




Tapi hadiahnya yang tak seronok sebab Ayah ekonomi down. Rm 1.90 aje. Mak Teh dia langsung tak bagi hadiah. ahak ahak ahak ahak.




Apa-apa pun janji seronot ye tak Nana sebab dia dapat makan kek pun dah seronot..

11 Mei, 2008

Apa Ebi Buat selepas AF??

Ko orang nak tahu apa yang Ebi buat selepas AF tamat??. Sebelum AF5 lagi dia dah duduk kat kedai aku. Abis AF dia dengan Syawal tinggal kat kedai aku tapi umo syawal pendek, dia meninggal kena bli ngan Ebi. Kuburnya ada kat sebelah kedai aku jugak.



Si Ebi ni hyper sikit. Beg Acer aku abis dia cakar..Tangan, kaki dan yang paling sakit ati ialah idung aku pun dia belasak.. sampai beedarah darah beb.







Tapi sekarang Ebi dah balik kampung. Dah tak de bau berak Ebi lagi kat sini. Dan makanan tak yak sorok2 lagi sebab dia ni suka menyelongkar makanan. Kek kampung pandai plak dia menyusuaikan diri dia tu.







Ko nak tahu ke siapa Ebi ni???



Nak??







Dia adalah kucing adik aku ahak ahak ahak..








Dia ni lebih kurang macam puteri yang terbuang le, sebab tuan Carlos dad buang dia sama-sama Syawal kat depan kedai aku. Pi di ambik plak dek adik aku. tu le cerita nya tentang kucing yang terbuang. Tapi yg slecknya muka si Ebi ni macam kucing kampung yo.. tak do ciri-ciri mat salleh langsung.

Shopping di Aiti Multimedia


Mari-mari shopping di Aiti Multimedia.

Kami ada printer. Laptop, modem dan lain-lain lagi . Tak perlu ke Telekom untuk daftar talian tetap anda. Cuma jumpa kami di AITI Multimedia.

06 Mei, 2008

Bukak Booth kat Tesco Kajang

Hari ini aku ganti Zamri jaga booth kat Tesco Kajang.
Siap bawak adik Nana lagi.. Pagi dalam kul 10.40am kita org dapat first customer ambik advanced pakej.

Tapi yang spoinya ialah kedai kena tutup plak. tu yg rugi tu. Kang customer ingat kedai tutup plak.

Hari ni Tesco kat sini nampal lengan aje. Pagi kot.




Adik Nana pun sibuk kat booth kat sana jugak. Tapi dia sibuk mengacau abe Helmy aje.

Booth kita org kat sebelah streamyx. Satu hari kat sini bagi aku..meriah lagi kat Warta ari tu laie.

Masih memikirkan pasal makan tu pasal la banyak cokacoki kat meja ni.

05 Mei, 2008

Ke Thailand 2007




Pada akhir tahun lepas iaitu 16.12.2007 aku mewakili Sony aku pergi ke Thailand untuk menghadiri satu boleh dikatakan satu pertandingan antara Sony dunia. Selama belasan tahun aku kerja kat Sony tu.. baru sekarang aku dapat merasa pergi ke Over the sea. Walaupun Thai tu tak de laut yg memisahkannya tapi kita over the sea le tu sebab aku tak nampak kereta proton kat sana. Dulu aku pergi Serawak.. ingat macam over sea tapi bersepah proton kat sana ... rasa macam kat Kajang aje plak.




Thai ni lain beb... dari segi town dia sampai kat orang dia, memang berbeza ngan Malaysia. Tapi kalau Thai kat sempadan tu, kira cam org kita juga le kan.




Bandar dia punya fly over memang over. Aku rasa tinggi bangunan 4 ke 5 tingkat kot. So bila ujan... masih boleh jalan-jalan kat bawahnya.




Bab mengarut tu memang banyak le kat sana, tak yah cakap le. Yang aku nak cerita tentang budaya dan pengalaman aku kek sano.


Kat Sonynya pula..leh kurang sama aje ngan tempat aku cuma .... kira sama le.

Yang bestnya bila kat sana, acik cakap orang putih all that day. Terasa macam terre aje speeking ahak ahak ahak.


Yang sebenarnya inovation kat sana tu kira macam makan angin aje le. Kat wat keja sangat. Aku pun dah rancang nak berenti Sony so aku wat wat bodo aje le kat sana. Dah boring le katakan.


Tapi pengalaman yang tak leh nak lupa ialah termakan keropok b*b*...... leceh betul... tengah syok2 makan... member Thai cakap.. tu memang best P**k le katakan...aisey man... hampeh....

Aku terus berenti makan and waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....
Tapi apa apa pung..itu merupakan pengalaman aku yang paling berharga. Termakan tak apa beb... jangan ko makan laie dah. Barang-barang kat sana bukan murah pun. Murah lagi kat Kajang dan Semenyih terutama kat Kedai Jimmy (Promote nampak).
Ingat leh ni aku nak pi China plak atas urusan perniagaan aku plak.

UPM Booth 2008

Masa kita wat booth kat sana, ada demo drift proton satria. Ingat drift macam Initial D tu..tapi hampeh. Lagi cantik aku wat lagi kat bukit Akina Bangi lama.

Nana dan Takumi


Lahir tahun yang sama. Bulan pun sama cuma jantina aje yang lain. Tapi masa tu Nana kena demam kuning yg

maha dasat. Takumi tak kena. Tapi alhamdulillah ..tak ada apa-apa yang buruk terjadi dengan baby aku ni.

Fikry


Fikry adalah sepupu anak-anak aku. Dulu dia tinggal kat Sunway PJ. Peh tu dia tinggal plak kek kampung aku kek Batu Kikir.
Siap patah tangan dia lagi tahun ni baru2 ari tu.
Tapi kini dia dah jadi org Kodah ikut Pak Calos dan Mama Yuna.
Raja jangan tinggal mak Raja ............

Birthday Angah tahun lepas



Birthday angah tahun lepas disambut kat Aiti Multimedia. Ayah bagi hadiah rumah mainan yang memang dinakkan oleh angah.


Mama bagi Kaler.

Akak bagi apa ye. Kira meriah jugak walaupun buat kat kedai. Adik Nana pun tumpang sekaki. Ceria aje muko Angah nampaknya.

Family aku


Blog ni saja-saja aje untuk mengisi masa lapang aku yang lapang sangat ni. Hanya sesuai untuk family aku yang lain dan kenalan2 aku yang nak tengok anak2 aku ke atau nak tahu cerita terbaru aku ke dan lain-lain lagi le.
Apa-apa pun assalamualaikum bro and sis semua... Rock never Die....

Denggi..

Ari tu aku kena denggi.... 4 hari lepak kat sepital Kajang. Panjang ceritanya. Memula demam biasanya. Selalunya kalau demam musti selera makan kurang. Tapi kali ni ..makan ..ok aje. cuma memula tu pening dasat juga le. Peh tu sojuk memanjang. ingat hari kedua dah elok... tengok ... bila ubat punya power dah abis.. sojuk balik.... Sebab dah tak kerja yang boleh klim klinik ..so aku pun terpaksa le pergi klinik kerajaan sebab mahal beb... Dah pi sana terpaksa le check darah... Peh... Dia kata bacaannya dah 100 ( unit aku lupa plak). HA Klinik Beranag kata , esok datang lagi. Kalau bawah 100 kena pi sepital.

Esok aku pung datang le. Badan rasa dah elok sanggat dah. demam pun dah ok. Last-last keputusan darah ari tu Pehhhhh 50 plak...

Terus kena pi sepital pakai ambulan lagi. Ni le first aku naik ambulan.
Sampai sepital darah punya bacaan terus turun..ke 44... Aku pun jadi panik.

hari kedua..dokto cakap darak aku dah naik balik ke 80. Masa tu aku suruh wife aku wat sup ketam..sebab nak cepat keluar. Kedai tak de orang nak jaga. Lepas makan sup ketam.. darah terus turun balik.... ke 40.. Pehhhhhhhhhh..

Cam ne ni.. Orang cakap ketam leh kasi denggi baik. Aku agak le sekarang kuman denggi dah tak lut ngan sup ketam le. Kena cari sup lain plak lepas ni.

Yang cukup jadi pengajaran dalam cerita ini ialah..
  • Jangan ingat kena denggi teruk tak leh bangkit.. yang sihat2 tu pun jaga2 beb.. mungkin anda pun sekarang ni tengah kena denggi.
  • Sup ketam dah tak mujarap ( Kat aku aje kot)
  • Kengkawan tak de datang melawat walaupun dengar aku masuk wad. (Cuma sorang aje le kawang aku tak sempat nak datang sebab aku dah keluar wad)
  • Sepital Kajang Nursenya Hampeh.
  • Naik Ambulan bapak eh lajunya sampai den nak tergoleh2 dalam ambulan (baring sebab masuk air) Cam ne le kalau orang kritkel tu ye...
Kalu kena denggi..memang tak de obatnya... tibai air 100plus aje le.

Angah Acak...



Angak ni.. dia acak sikit. Kalau dia makan banyak gerenti muntah. Makanan yang pelik-pelik dia tak makan. Sekarang ni dia dalam darjah dua. Warna Pink jadi kegemaran sampai adik Nana pun ikut serta pakai Pink.

Dia suka minum milo ais... Adik Nana pun ikut jugak. Selalu kalau order air.. order satu aje..peh tu bagi dua ngan adik.. sebab minum tak abis.

Suka main game Drift ngan PS2.

Kakak Mira


Kakak Mira ni masa ni dalam darjah 5 kat Sekolah Semenyih. Dia minat sangat kat Nanoha. Tak krektor katun mana tak. Yang paling dia takut selain hantu ialah bawang dan petai. Pelik tak? Mungkin dia lahir kat Kajang menjadikan dia tak makan petai.
Pengetahuan bidang komputernya kira ok le. Nak jadi ayah dia kot (aku le ahak ahak ahak ahak)
Jam yang dia pakai tu aku beli masa birthday dia ari tu. B.U.M brand.

Adik Nana



Amira Farzana budak yang comel. Tak sangka pulak, dulu masa lahir teruk demam kuning sampaikan doktor cakap mungkin otaknya terjejas. Alhamdulillah rasa-rasanya dialah yang paling cerdik.

Comel tak Adik Nana aku ni. Ok la tu...Saida.. tapi dia suka Mama Rina... tension dia bila Mama Rinanya terkeluar ari tu.

Makanan kegemaran dia ni Roti Canai. Boleh dikatakan setiap pagi dia akan mintak roti canai. Makan pulak tu, punyala pelahannya. Satu rotu tu kalau dia makan hampir-hampir satu jam gamaknya. Wa seii..

Kalau dia bercakap, macam budak dah besau. Kak Ngah dia pun tak petah cam dia. Ingat nak masuk kan dia dalam Tom-Tom Bak nanti.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tentang Blog

Blog ini merupakan blog keluarga den. Yang berkenaan dengan keluarga den ajo dan khas untuk keluarga den , harap maklum.

Ucapan

Kami sekeluargo mengucapkan selamat menyambut tahun baru pada semua yang mengenali den dan keluargo den umumnya dan kodai den amnyo..Apa azam baru??

Harian Metro: Setempat