Memaparkan catatan dengan label Info Kesihatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Info Kesihatan. Papar semua catatan

27 Januari, 2015

10000 step sehari

10000 step sehari…  Ado kou org kiro tak langkah kou sehari…? Kojo duduk jo… 2000 pun mungkin tak sampai doh..  Tu yg kito kono ado device  utk kiro an.  Bolilah pedometer ko… install apk pedometer kek phone canggih kou org…
Dengan pastikan kou melangkah 10000 sehari utk kalori dlm kito dibakar sekurang-kurang eh 400kcal..  Dahlah melantak sampai 2000kcal.. Mano tak gomok.. Kui kui.
Maso jogging dah tak ado… ini jo lah caro eh utk anda kekal slim.  Taun 2015 ni adolah tahun kesihatan untuk den… borek dah nak 80kg dah balik ni huhuhu..
Sojak den buek kempen 10k step ni. Dlm sebulan.. 4kg dah lost den koba kek kou.

12 Januari, 2015

Tranfomasi dari 2012 ke 2015

Apo-apo pun hijrah itu penting..dari yg buruk ke yg ok...dari malas besenam ke suko bersenam..dari bad ke yg ok .dari kurang beramal ke selalu beramal pada Allah....inshahallah ..anda akan berjayo.

Sey magrin..bilo dah ghaso dah godang.. lagi maleh nak bersenam. lantak ler..semua dah ado..tapi bilo usia semakin meningkat.... penyakit mulo dan menjoling2... Raso insaf bilo mengonangkan ado kawan2 dan kenalan yang strok..dan ado yg dah di panggil Ilahi... 

Bukan takut mati doh..tapi kehidupan ini anugerah yang kito patut kono jago... Kalau tak jago..tu namo eh membunuh diri yg hukum eh haram oiii...

So selagi ado dayo kito ni... lakukan lah menjago kesihatan kito nie... ini pun satu perintah Allah gak... Nabi2 kita dan para2 sahabat semuanya taf taf bro....

Selamat beramal dan selamat bersenam ...tak de maknanya bilo dah tuo tak boleh slim balik... i can doit..also you can do it..

28 November, 2012

Kelebihan dan kebaikan bawang putih untuk badan kita

Kelebihan dan kebaikan bawang putih untuk badan kita

Allium sativum atau lebih dikenali sebagai bawang putih digunakan secara meluas di seluruh dunia bagai bahan perasa. Selain itu,ia juga mempunyai pelbagai khasiat dan manfaat untuk kesihatan tubuh badan kita.






Antara khasiat dan manfaat bawang putih ialah:

1. Menghalang kemerosotan otak dan meningkatkan sistem kekebalan

2. Membantu melambatkan proses penuaan.

3. Menghalang pertumbuhan sel kanser dan mengurangkan risiko terkena kanser.

4. Membantu menurunkan kadar kolesterol sekiranya diambil secara rutin dalam jangka waktu tertentu

5. Menolong mencegah penggumpalan darah melalui zat anti-kolesterol iaitu ajoene.

6. Membantu meredakan tekanan,rasa cemas dan kemurungan.

7. Mengandungi vitamin A, vitamin B,vitamin C, kalsium dan juga potasium .

8. Mengandungi antioksidan, karotena dan selenium.

9. Mengambil 2-3 ulas bawang putih sehari dapat menghindar dari penyakit jantung.


10. Menyembuhkan tekanan darah tinggi .

26 November, 2012

Green tea

Teh Mampu Melawan Pelbagai Risiko Penyakit
Oleh MUNIRA SALLEH

Menikmati teh bukanlah suatu yang asing bagi sebahagian penduduk dunia. Teh menjadi pilihan untuk dinikmati tidak kira waktu pagi, petang ataupun malam dari tempat mewah hingga ke warung-warung di tepi-tepi jalan.
Bagi sesetengah bangsa, minum teh dijadikan sebagai budaya dalam majlis atau upacara kehormatan. Contohnya, pasangan pengantin Buddha mempersembahkan minuman teh kepada ibu bapa mereka sebagai sebahagian daripada upacara perkahwinan.
Bangsa Inggeris mempunyai kebiasaan minum teh pada waktu petang. Tradisi yang dipanggil ´evening tea´ ini kebiasaannya dilakukan sekitar jam 5.00 petang. Segala kegiatan apabila masuk waktu tersebut perlu dipenuhi dengan acara minum teh. Dikatakan amalan ini diperkenalkan oleh Duchess of Bedford pada tahun 1788. Beliau mengundang teman-temannya untuk minum teh pada setiap pukul 5.00 petang di Belvoir Castle. Kebiasaan itu pula dilakukan oleh teman-temannya bersama keluarga mereka. Maka tersebarlah tradisi minum teh pada waktu petang.
Manakala istilah ´teh tarik´ pula begitu sinonim dengan rakyat Malaysia. Teh tarik ialah teh yang dicampur dengan susu, kemudian dituang dari satu gelas ke gelas yang lain setinggi mungkin seperti air yang sedang ditarik. Dikatakan Marie de Rabutin Chantal dan Marquise de Seven adalah antara orang yang pertama yang mencampurkan susu ke dalam teh.
Pada tahun 760 M, seorang Cina bernama Lu Yu telah menulis buku pertama yang memuatkan tentang tatacara minum teh berdasarkan agama Buddha Zen. Tatacara ini kemudiannya dibawa dan diperkenalkan oleh pendeta Buddha Zen ke Jepun bersama-sama dengan daun teh. Justeru, sejak lebih 500 tahun, masyarakat Jepun terkenal mempunyai upacara minum teh yang khas dan unik. Malah, tradisi itu diajar di sekolah dan menjadi sebahagian dari kurikulum pendidikan mereka. Di Jepun, teh juga digunakan sebagai minuman penenang ketika bermeditasi.
Teh diolah dengan pelbagai aroma dan campuran seperti teh halia, teli herba, teh hijau, teh chamomile dan lain-lain menjadikan ia bertambah enak untuk dinikmati.
Teh hitam berwarna hitam kerana melalui proses pengoksidan. Bahan kimia yang terdapat di dalam daun teh ini, iaitu tannin bertindak balas dengan udara. Apabila dibancuh, warna air ini akan menjadi kemerah-merahan. Setakat ini, teh ini menjadi pilihan paling popular di Barat.
Manakala teh hijau sangat popular di benua Asia. Dalam menghasilkan teh, daunnya yang kering akan dikukus untuk memusnahkan enzim yang terlibat dalam proses pengoksidaan. Teh ini mempunyai rasa yang agak pahit
Mengikut sejarah, daun teh ditemui oleh seorang pedagang China bernama Shen Nong pada tahun 2737 SM ketika beliau dalam satu perjalanan. Sampai di sebuah hutan, ketika sedang berehat, salah seorang pembantunya memasak air. Tiba-tiba jatuh sehelai daun ke dalam air yang sedang dimasak lalu mengeluarkan warna kecoklatan. Apabila diminum, badan pedagang itu menjadi segar selepas perjalanan yang jauh. Lalu, pokok yang mempunyai daun itu dibawa pulang dan tanamannya diperkembangkan.
Teh yang diperoleh dari China dibawa ke Eropah terutama Belanda dan Perancis oleh pedagang-pedagang Portugis. Bagi sebahagian masyarakat Belanda pada ketika itu, teh dijadikan minuman kalangan bangsawan sahaja.
Di sebalik kenikmatan dan kelazatan teh, terkandung juga khasiat yang menyihatkan badan dan mampu mencegah dari serangan penyakit terutama sekali teh hijau. Banyak kajian telah membuktikan antioksidan yang terdapat dalam teh dapat melindungi tubuh daripada penyakit tertentu seperti masalah kardiovaskular, stroke dan kanser. Flanovoid iaitu sejenis antioksidan yang terdapat dalam 3 cawan teh adalah lapan kali lebih kuat dari yang diperoleh daripada sebiji epal.
Satu kajian telah dilakukan di daerah Schizouka, Jepun pada tahun 1994. Hasilnya, kadar kematian masyarakat di situ 10 hingga 15 peratus lebih rendah dibandingkan dengan kadar kematian di daerah Jepun yang lainnya. Penyebabnya adalah kerana penduduk di situ lebih suka minum teh hijau secara teratur ditambah lagi dengan keadaan alam semulajadi yang masih terpelihara.
Radikal bebas terbentuk secara semulajadi dalam tubuh manusia. Molekul ini dapat merosakkan sel manusia. Molekul inilah yang menjadi salah satu penyebab kanser, termasuk berbagai jenis penyakit lain seperti jantung dan penuaan. Menurut satu kajian yang diterbitkan dalam Journal of Cellular Biochemistry edisi Julai, kandungan polifenol yang terdapat dalam teh berperanan sebagai pencegah kanser. Daun teh hijau yang telah dikeringkan mempunyai 40% kandungan polifenol. Polifenol adalah sejenis antioksidan yang sangat kuat yang mana ia mampu meneutralkan radikal bebas yang menjadi penyebab kanser. Antara jenis kanser yang boleh dicegah ialah kanser payudara, kanser paru-paru, kanser usus besar, kanser dubur, kanser hati dan kanser pankreas.
Berikut disenaraikan khasiat teh hijau secara ringkas :
  • • Membantu membakar lemak
Teh hijau dapat membantu mempercepat tingkat metabolisme kerana pengaruh antioksidannya yang membantu hati berfungsi secara lebih efektif.
  • • Melindungi daripada hepatitis
Hepatitis diukur dari tingginya kadar zat besi dalam hati. Teh hijau terbukti dapat menurunkan kadar zat besi di dalam badan.
  • • Melindungi daripada diabetes
Tingginya glukosa dan insulin dalam darah boleh menjadi penyebab diabetes. Polifenol dari teh hijau menghalang ´amylase´ sehingga dapat membantu menurunkan kadar gula dalam darah.
  • • Mencegah keracunan makanan
Minum teh hijau dapat menurunkan risiko keracunan makanan akibat bakteria kerana teh hijau dapat mencegah tumbuhnya bakteria berbahaya seperti ´clostridia´.
  • • Menurunkan tekanan darah
Penyebab utama hipertensi adalah sejenis enzim yang dikeluarkan oleh ginjal. Ubat hipertensi yang terkenal ialah ´ACE inhibitor´. Teh hijau merupakan ´ACE inhibitor´ semulajadi dan beberapa kajian menunjukkan tekanan darah tinggi menurun setelah diberi ekstrak teh hijau.
Sekalipun memiliki banyak manfaat, perlu diingat bahawa teh juga mengandung kafein. Jika diambil secara berlebihan, ia dapat menyebabkan beberapa gangguan seperti insomnia, berdebar hati dan ketidakaturan detik jantung. Namun kandungan kafein dalam teh masih tetap lebih rendah jika dibandingkan dengan kopi atau minuman ringan bersoda.

Selain kafein, antioksidan flanovoid yang terdapat dalam teh menghambat penyerapan zat besi dari unsur-unsur tumbuhan seperti sayur dan buah. Namun, zat besi dari daging tidak terpengaruh penyerapannya. Sekadar peringatan, apapun yang berlebihan tidak akan baik kesannya.

23 November, 2012

Barli


Khasiat Barli
  
Barli atau nama botaninya Hordeum Vulgarie dikatakan bijirin pertama yang telah ditanam di timur tengah kira-kira 9000 tahun dan mungkin juga merupakan bijirin terawal dan paling penting pada ketika itu.
Isi rong atau bijirin barli boleh dijadikan tepung, emping dan bran.Batangnya boleh dijadikan kertas dan bahan pembinan manakala keseluruhan tanaman boleh dijadiikan sebagai makanan haiwan ternakan.
Kajian klinikal di Australia, Kanada dan amerika Syarikat melaporkan bahawa serat daripada barli efektif dalam merendahkan kolesterol dalam darah. Serat yang tidak mudah larut dalam barli adalah penting bagi memastikan usus dapat berfungsi dengan sihat.

Beta-glucan adalah bahan utama dalam serat mudah larut yang didapati daripada isi rong. Barli daripada variety ' waxy' lebih tinggi kandungan beta glucan daripada jenis barli lain. Tahap beta-glucan yang tinggi dalam variety barli ini dikatakan bertanggung jawab dalam menigkatkan tahap glukosa dan lemak dalam darah di kalangan pesakit diabetes tahap 2.Tokotrienol dan tokoferol (tokol) merupakan minyak yang bertindak sebagai antioksida semula jadi. Antioksida membantu meneutralkan radikal bebas dan boleh mengurangkan risiko penyakit barah dan jantung.

Barli mengandungi tokol yang tinggi. Barli juga merupakan sumber baik bagi vitamin B dan sesetengah galian. Kromium sebagai contohnya merupakan galian yang merangsang penyejatan glukosa dalam darah. Penyelidik di Englad melaporkan barli mempunyai kromium yang tinggi dan dikatakan merupakan sumber terbaik kromuim.Pesakit diabetes perlu mngawasi tahap gula dalam darah dengan berhati-hati. Jika memakan barli dalam jumlah yang signifikan atau dimakan sebagai makanan tambahan. Hipoglisemia (gula dalam darah rendah) boleh berlaku.

Tunas bijirin barli bertindak sebagai pelega, pengeluar kahak dan pelembut. Kadang kala ia juga bertindak sebagai bahan yang boleh menyebabkan keguguran. Dikatakan tunas barli boleh digunakan untuk merawat dispepia serta muntah dan kekembungan akibat meminum susu ibu. Sebaik-baiknya tunas bijiran barli ini tidak diberikan kepada ibu yang menyusukan bayi kerana ia mengurangkan pengaliran susu.
Bijirin barli pula bertindak sebagai penghadam, pelega dan dikatakan sesuai dimakan sebagai makanan berkhasiat atau dijadikan air barli ( rebusan air barli dalam air ).Biji barli juga digunakan sebagai ramuan tampal untuk luka dan luka akibat terbakar. Bijirin barli juga dikatakan boleh membantu dalam menghilangkan berat badan kerana ia bertindak sebagai penahan selera makan. Air rebusan bijirin barli pula dikatakan mampu diambil sebagai penyejuk badan.

Malah dikatakan dikatakan jus barli hijau mengandungi 11 kali kalsium daripada susu lembu, hamper 5 kali besi dalam bayam, 7 kali vitamin c dalam oren dan 80 mg vitamin B 12 daripada 100 gram barli
Bagi penyakit serius seperti arthritis dan barah, pengambilan jus ramuan daun barli yang berwarna hijau atau yang telah dikeringkan, yang diambil dalam jangka masa dua jam selepas makan kepada 20 minit sebelum hidangan seterusnya dikatakan mampu membuatkan enzim-enzim digunakan dengan baik. Cara ini dapat membiarkan enzim diambil secara langsung dan sekali gus masuk ke dalam saluran darah di mana ia digunakan bagi memperbaiki dan menyembuhkan tubuh. Jus yang dihasilkan daripada daun barli juga dikatakan mampu merendahkan tahap kolesterol dalam darah. Bahan kimia dalam daun ini dikatakan mampu melambatkan penghasilan kerosakan saluran darah yang disebabkan oleh diabetes.
secara ringkasnya, barli berkhasiat untuk:
  • Mencegah/mengurangkan risiko Sembelit
  • Mengurangkan kadar kolesterol
  • Mencegah kanser
  • Mengurangkan risiko kencing manis
  • Menyejukkan badan
  • Memelihara buah pinggang.
  • Melawaskan kencing.
  • Membantu melancarkan penghadaman.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tentang Blog

Blog ini merupakan blog keluarga den. Yang berkenaan dengan keluarga den ajo dan khas untuk keluarga den , harap maklum.

Ucapan

Kami sekeluargo mengucapkan selamat menyambut tahun baru pada semua yang mengenali den dan keluargo den umumnya dan kodai den amnyo..Apa azam baru??

Harian Metro: Setempat