28 November, 2012
Kelebihan dan kebaikan bawang putih untuk badan kita
Allium sativum atau lebih dikenali sebagai bawang putih digunakan secara meluas di seluruh dunia bagai bahan perasa. Selain itu,ia juga mempunyai pelbagai khasiat dan manfaat untuk kesihatan tubuh badan kita.
Antara khasiat dan manfaat bawang putih ialah:
1. Menghalang kemerosotan otak dan meningkatkan sistem kekebalan
2. Membantu melambatkan proses penuaan.
3. Menghalang pertumbuhan sel kanser dan mengurangkan risiko terkena kanser.
4. Membantu menurunkan kadar kolesterol sekiranya diambil secara rutin dalam jangka waktu tertentu
5. Menolong mencegah penggumpalan darah melalui zat anti-kolesterol iaitu ajoene.
6. Membantu meredakan tekanan,rasa cemas dan kemurungan.
7. Mengandungi vitamin A, vitamin B,vitamin C, kalsium dan juga potasium .
8. Mengandungi antioksidan, karotena dan selenium.
9. Mengambil 2-3 ulas bawang putih sehari dapat menghindar dari penyakit jantung.
10. Menyembuhkan tekanan darah tinggi .
Menu makanan sey sekarang..Tak boley lebih wooo
Tambah effeck untuk nampak cantik dalam gambar pehhhh Yg nie sey punyo. |
27 November, 2012
Urologi? Nefrologi??
Signboard Bahagian Urologi & Nefrologi |
Dan ...Apa Yang Dimaksud Dengan Nefrologi?
Nefrologi adalah spesialisasi ilmu kedokteran yang berkonsentrasi pada diagnosa, penanganan dan pencegahan dari penyakit, gangguan dan kondisi dari ginjal, seperti pembentukan batu ginjal, homeostasis cairan dan elektrolit dan pengaturan tekanan darah.
Aktivity mengisi maso terluang ngan handphone dan bergossip |
26 November, 2012
Green tea
- • Membantu membakar lemak
- • Melindungi daripada hepatitis
- • Melindungi daripada diabetes
- • Mencegah keracunan makanan
- • Menurunkan tekanan darah
23 November, 2012
Barli
- Mencegah/mengurangkan risiko Sembelit
- Mengurangkan kadar kolesterol
- Mencegah kanser
- Mengurangkan risiko kencing manis
- Menyejukkan badan
- Memelihara buah pinggang.
- Melawaskan kencing.
- Membantu melancarkan penghadaman.
22 November, 2012
Ubah cara hidup...
"Ubek kurus??" Sowee..den memang tak cayo ngan ubek2 kurus nie sobab den gomok nie pun tak makan ubek gomok pun..apasal lak bulih gomok kan.... Ubek ehh makan dan senaman jo... Dulu maso mudo2, senaman ehh pi Jemming jo..Head bangging tu pun dah beratus2 kalori ilang. Skg duduk, makan, tido..Kojo pun duduk manjang.. So bermulo taun nie pado July ari tu..sey dah ubah kepado makan patut2 jo dan potang ko, pagi ko pi kayuh basikal sejam. Pree2 time pi GYM..
Dari bulan July tujam sampai skg , sey dah dapek turunkan 30kg..Pehhhh daasatt tak??? Baru ompek bulan tu. Makan kono makan..Tidur plak jangan tak tidur.. Tidur copekk..Kul 11pm dah start nak tido bro.. Sarapan pagi wajib ambil.. Tapi berpado2 ler.. Banyakkan makan oat kalau lapa. Minam pakai susu topung jo.. Gulo mo susu krim pokat Bye-bye dah.
Tak sangko dapek jugak turunkan borek badan sampai 30kg tu..pehhh. Ado yg nak mencubo..bulih ikut caro sey.. Berbaloi2. Kito pun dah tuo, sampai bilo nak gomok kan.. Dah pueh gomok dokek sepuluh taun dah ghaso ehh. Tibo maso ehh kito tranforme.. Chewahhh.
11 November, 2012
Like
Hari itu ada orang request tutorial nak letak butang LIKE FB di blog macam aku punya nie. So here it goes ! :D
Pergi ke Dashboard > Design > Edit HTML
Tick Expand Widget
Tekan ctrl + f dan cari kod ini
data:post.body
Letakkan code di bawah ini SELEPAS code data:post.body tadi
<iframe allowTransparency='true' expr:src='"http://www.facebook.com/plugins/like.php?href=" + data:post.url + "&layout=standard&show-faces=true&width=530&height=60&action=like&colorscheme=light"' frameborder='0' scrolling='no' style='border:none; overflow:hidden; width:530px; height:60px'/>
Save dan siap !
10 November, 2012
Tiado alasan duduk kek bandar tak bersenam..
Tahun 2012 tahun kesihatan.
Raso tak sanggup nak dapek penyakit doh...tu yg sey buek perubahan drastik pado diri sey mo keluargo sekali. Makan kono kontrol.. Senaman kono buek, kalau bulih tiap2 hari kayuh basikal selamo sejam... Alhamdulillah..Borek sey dari 115kg dapek sey turunkan ke 86kg sekarang ketiko sey tongak menaip blog nie...
Start dari bulan July 2012 ari tu...baru ompek bulan... Target sey nak dapekkan borek BMI sey yg idel 67kg-70kg. Target laie 3 bulan dari sekarang...
Mintak2 tercapai lah hendaknyo..aminn
14 September, 2012
APA ITU BEKAM?
BEKAM adalah sistem rawatan perubatan Rasulullah s.a.w. yang dinyatakan oleh baginda dalam hadis-hadis berikut:
1.1 Daripada Anas bin Malik r.a., sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
"Bahawa tidak aku berlalu (berjalan) di malam Israk dengan Malaikat melainkan mereka berkata, wahai Muhammad perintahkan ke atas umat engkau dengan berbekam".
1.2 Daripada Nafiq r.a., sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
"Barangsiapa berbekam maka ke atasnya keberkatan dari Allah dan berbekam juga menghilangkan kahak, gelama (lendir) dan balgham (lemak)".
- Membuang keracunan dalam badan yang menyebabkan mudah mendapat penyakit disebabkan terlalu banyak memakan ubat-ubatan (pil).
- Memulihkan saraf dalam tubuh manusia.
- Memulihkan sistem badan supaya berfungsi dengan baik.
- Melancarkan pengaliran oksigen keseluruh badan bagi membolehkan badan kembali sihat.
- Menambah dan menguatkan daya tahan badan supaya dapat mencegah penyakit.
Asma (lelah)
Darah tinggi
Kencing manis
Lemah jantung
Strok
Migrain/pitam/sakit kepala
Demam/batuk/selsema
Resdung/jerawat batu
Kencing tak lawas
Gaut/bisa-bisa sendi/tulang
Sakit pinggang
Kebas
Mandul
Lenguh-lenguh
Lepas bersalin
Terlalu gemuk/obesiti
Lemah tenaga batin
Senggugut/haid tidak teratur
Sakit buah pinggang
Sembelit/buasir
Gastrik
Sakit perut/angin
Kanser payudara/rahim/keputihan
Masalah semasa mengandung
sihir/jin/syaitan
penyakit kronik dan banyak lagi
KELEBIHAN BERBEKAM
Berbekam menyembuhkan penyakit dalam masa yang singkat, Insya'Allah. Amalan berbekam dapat mengelakkan diri dari penyakit-penyakit dan dapat menjaga kesihatan badan untuk beribadah.
PUNCA TERJADINYA PENYAKIT
Penyakit berpunca dari darah dalam badan tidak berfungsi lagi dan tidak berguna lagi untuk tubuh yang akhirnya menjadi keracunan yang menghakis kecergasan badan. Jika tidak dibuangkan toksin (kekotoran atau keracunan) tadi, lama-kelamaan badan tidak boleh bertahan, maka terjadilah penyakit iaitu seperti buah pinggang, kencing manis, darah tinggi dan lain-lain penyakit yang merbahaya.
MERAWAT PENYAKIT SECARA BEKAM
Sistem rawatan ini adalah sunnah Rasulullah s.a.w. di mana darah dan angin yang tidak berguna pada badan yang menyebabkan terjadinya penyakit akan dibuang dengan disebut keluar menggunakan alat bekam yang moden. Rawatan ini tidak mendatangkan kesan sampingan dan tiada bahaya pada tubuh badan.
MERAWAT PENYAKIT
Penyakit yang dihidapi perlu dirawat sehingga pulih. Pesakit adalah dinasihatkan agar membuat rawatan empat kali berturut-turut mengikut jadual yang ditentukan. Jika tidak biasanya penyakit tidak sembuh sepenuhnya.
BERBEKAM MENDAPAT KEBERKATAN
Umat Islam hendaklah mengamalkan BEKAM sekurang-kurangnya setahun sekali di kepala pada bulan Rejab ataupun bulan Sya'aban untuk mendapat keberkatan dari Allah.
Ada banyak pusat khidmat bekam di Ulu Langat ini. Saya memilih untuk berbekam di AL-YAKIN Prima Saujana anak cawangan AL-YAKIN Pusat Bandar Melawati kerana menyedari ada sebuah pusat bekam yang telah wujud lebih dua dekad yang lalu. Pusat Bekam AL-YAKIN ini dimiliki oleh Haji Ibrahim bin Haji Mokhsen dan keluarga dan di Prima Saujana dimiliki oleh anak beliau En Muhammed Mujahid bin Ibrahim.
Sept 2012... Selepas 2 bulan dugaan.
Dugaan ALLAH ini bermakna ALLAH masih sayangkan kita dan kita kena terima dengan hati yg reado. Sey selalu berdoa semoga diri sey mo mak dan abah sey serta isteri,keluarga dan adik2 sey sentiaso dilindungi dari segala marabahayo serta penyakit2 yg berbahayo serta dikurniakan kebaikan kesihatan dan dipanjangkan umo.
Amin..
Sey jadikan tahun 2012 ini merupokan tahun kesihatan buat keluargo sey mo omakdan abah sey serta adik-adik sey. Amalan sunnah seperti susu kambing, bokam, madu dan lain-lain telah sey priktikkan bersamo keluargo. Sesunggihnya amalan para Rasul2 kito merupakan amalan yg terbaik untuk kito ikuti di samping memohon doa kepada ALLAH untuk dikurniakan kebaikan kesihatan dan dijauhkan segala penyakit.
Sememangnyo selamo ini sey main balun jo, makan apo sajo selagi berselero.Borek pun dah lobih segatuh kilo selamo 13 tahun tak soda-soda.. Dulu borek sey 65~70 lobih jo naik sampai 110kg...40kg tu..Dasat gilo. Skg tengah melakukan usaha penurunan drastik.. Awal Julai ari tu 115 kg turun sampai 90kg dalam 2bulan lobih. Makan dah dikurangkan bersamo senaman boleh dikatokan tiap-tiap hari. Alhamdulillah... segala usaha insyaallah boeh berjaya kembali ke borek asal sey dulu..
Mintak2 dijauhkanlah segalo penyakit dan musibah pado diri sey mo keluargo serto omak,abah dan adik2 sey...amin.
12 September, 2012
Tahun 2012 hampir berlalu..
Tahun yg macam-macam sakit mula nak muncul. Sey berdoa pada Allah yg satu semoga dikurniakan kebaikan kesihatan sey dan keluarga sey serta omak dan abah sey serta adik-adik. Semoga dijauhikanlah segala marabahaya di dunia dan akhirat.
Maso berlalu poi samo laju dengan umo kito meningkat. Semoga kehidupan yang akan ditempuhi dapat kito menafaatkan kejalan yang diredai Allah...Amin.
24 Ogos, 2012
Tahlil kubur 2012 raya ke-2
Pado rayo ke-2 ari tu..kali pertamo joint tahlil kubur di tanah pekuburan Batu Kikir. Meriah betul. Genap 1 tahun Mak Su pergi mengadap ilahi. Semoga Mak Su berbahagia di sana bersama roh orang2 yang beriman sesungguhnya Mak Su sememangnya insan bersih dari dosa dan semoga Mak Su memberi syaafaat pada keluarganya nanti...amin..
02 Ogos, 2012
Yeh Yeh nak raya dah....
21 Julai, 2012
Ramadan datang lagi 2012
07 Jun, 2012
Aiti Komputer...
Periuk nasi sey... I love my Aiti hu hu hu... Keja Sony bebelas tahun pun..tak cukup duit nak pi jenjalan ober sea.. Kerja mo Aiti..dah sampai ke China... Pass nie pi Mekah plak..insyaallah...
02 Jun, 2012
02 Mac, 2012
Jumaat is my Holiday
Kadang-kadang tu layan movie sampai 3-4 movie..sebab den nak relex ehh. ari laie sey memang sibuk le... tak de kerja..tak de duit wooo.
27 Februari, 2012
Febuary pun dah nak berakhir..March akan datang..
Sungguh copek maso berlalu. Sepantas angin ghaso eh. Dalam pantas2 waktu berlalu ini..berbagai-bagai peristiwa yang terjadi dengan kekuasaan Allah S.W.T.
Dalam menjalani kehidupan yang ponuh cabaran ini, berbagai2 dugaan yang datang. Doa dan harapan sey moga-moga keluarga sey serta ibu dan abah sey serta adik-adik sey dilindungi Allah selalu. Terkini, kawan adai sey meninggal semaso tido. Memang tekojut mendonga eh. Sememang dan ada suratan eh dia meninggal time tu. Kita terpakso redho atas ketentuan Allah.
Macam tahun lopeh, kami kehilangan adik tersayang semasa semua bergembira menyambut hari raya. Dan Acik yang pergi meninggalkan kami semua juga tahun lopeh. Dua insan istimewa yang mewarnai kehidupan kami sekeluarga dahulu telah bersemadi dengan aman di sana. Kita yang masih bernafas ini kena teruskan kehidupan dengan tabah. Semoga roh mereka di tempatkan dikalangan roh orang-orang yang beriman.
07 Februari, 2012
Maso berlalu amek amek pantas
Dan sey mo omak eh kini beransur-ansur tuo. Memang copek botul maso berlalu poi.
Memang tak tergaso kalau kito tak menengok gamba-gamba lamo nie.
Dari tomey tomey kini dah mulo dewaso dan perangai pun dah tak tomey laie. Dah remajolah katokan.
Harapan kecerian family sey nie berpanjangan dan doa sey mogo-mogo keluargo sey nie dilindungi Allah dengan di jauhkan dari pekaro-pekaro yang tidak diingini. Dan panjangkan lah umo kami sekeluarga dan abah dan omak sey serta adik begadik sey yang lain.amin..amin..amin
02 Februari, 2012
Lirik Lagu Zizan Feat. Kaka - Bawaku Pergi
Lirik dah macam Syaitan pun ayat je... Hassan Ali tak nak bersuara ke pasai icon remaja wat lagu lirik macam siut macam nie. Memang la lagu punya irama sedap...
Tapi lirik macam syaitan menghasut remaja wat pekara maksiat
Zizan nie tak serik-serik wat kerja yang bercanggah dgn agamanya ... Hassan Ali apa cerita.. Mufti plak senyap je..Haramkan lagu nie sama penyanyinya sekali...
Cuba baca lirik hampeh lagu nie..kat bawah nie..
22 Januari, 2012
Pelamin pertunangan Mak Teh ehh
Dlm kul 11am kang..akan berlangsung majlis pertunangan adik den kui kui kui..iaitu Mak Teh anak-anak sey.
21 Januari, 2012
Imran yang tomel
Imran yg tomel dah pendet rambutnye. Air liur dia tak melilih dah. Ahak ahak ahak. Anak buah den yang boboi yg ke 3.
17 Januari, 2012
MPV bro...inilah masanya.
Inilah masanya..beralih ke MPV. Tiba sudah saatnya ahak ahak ahak.