14 September, 2012

APA ITU BEKAM?


BEKAM adalah sistem rawatan perubatan Rasulullah s.a.w. yang dinyatakan oleh baginda dalam hadis-hadis berikut:

1.1 Daripada Anas bin Malik r.a., sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
"Bahawa tidak aku berlalu (berjalan) di malam Israk dengan Malaikat melainkan mereka berkata, wahai Muhammad perintahkan ke atas umat engkau dengan berbekam".

1.2 Daripada Nafiq r.a., sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
"Barangsiapa berbekam maka ke atasnya keberkatan dari Allah dan berbekam juga menghilangkan kahak, gelama (lendir) dan balgham (lemak)".

FAEDAH BERBEKAM


  • Membuang keracunan dalam badan yang menyebabkan mudah mendapat penyakit disebabkan terlalu banyak memakan ubat-ubatan (pil).
  • Memulihkan saraf dalam tubuh manusia.
  • Memulihkan sistem badan supaya berfungsi dengan baik.
  • Melancarkan pengaliran oksigen keseluruh badan bagi membolehkan badan kembali sihat.
  • Menambah dan menguatkan daya tahan badan supaya dapat mencegah penyakit.
JENIS PENYAKIT YANG DIRAWAT

Asma (lelah)
Darah tinggi
Kencing manis
Lemah jantung
Strok
Migrain/pitam/sakit kepala
Demam/batuk/selsema
Resdung/jerawat batu
Kencing tak lawas
Gaut/bisa-bisa sendi/tulang
Sakit pinggang
Kebas
Mandul
Lenguh-lenguh
Lepas bersalin
Terlalu gemuk/obesiti
Lemah tenaga batin
Senggugut/haid tidak teratur
Sakit buah pinggang
Sembelit/buasir
Gastrik
Sakit perut/angin
Kanser payudara/rahim/keputihan
Masalah semasa mengandung
sihir/jin/syaitan
penyakit kronik dan banyak lagi

KELEBIHAN BERBEKAM

Berbekam menyembuhkan penyakit dalam masa yang singkat, Insya'Allah. Amalan berbekam dapat mengelakkan diri dari penyakit-penyakit dan dapat menjaga kesihatan badan untuk beribadah.

PUNCA TERJADINYA PENYAKIT

Penyakit berpunca dari darah dalam badan tidak berfungsi lagi dan tidak berguna lagi untuk tubuh yang akhirnya menjadi keracunan yang menghakis kecergasan badan. Jika tidak dibuangkan toksin (kekotoran atau keracunan) tadi, lama-kelamaan badan tidak boleh bertahan, maka terjadilah penyakit iaitu seperti buah pinggang, kencing manis, darah tinggi dan lain-lain penyakit yang merbahaya.

MERAWAT PENYAKIT SECARA BEKAM

Sistem rawatan ini adalah sunnah Rasulullah s.a.w. di mana darah dan angin yang tidak berguna pada badan yang menyebabkan terjadinya penyakit akan dibuang dengan disebut keluar menggunakan alat bekam yang moden. Rawatan ini tidak mendatangkan kesan sampingan dan tiada bahaya pada tubuh badan.

MERAWAT PENYAKIT

Penyakit yang dihidapi perlu dirawat sehingga pulih. Pesakit adalah dinasihatkan agar membuat rawatan empat kali berturut-turut mengikut jadual yang ditentukan. Jika tidak biasanya penyakit tidak sembuh sepenuhnya.

BERBEKAM MENDAPAT KEBERKATAN


Umat Islam hendaklah mengamalkan BEKAM sekurang-kurangnya setahun sekali di kepala pada bulan Rejab ataupun bulan Sya'aban untuk mendapat keberkatan dari Allah.

Ada banyak pusat khidmat bekam di Ulu Langat ini. Saya memilih untuk berbekam di AL-YAKIN Prima Saujana anak cawangan AL-YAKIN Pusat Bandar Melawati kerana menyedari ada sebuah pusat bekam yang telah wujud lebih dua dekad yang lalu. Pusat Bekam AL-YAKIN ini dimiliki oleh Haji Ibrahim bin Haji Mokhsen dan keluarga dan di Prima Saujana dimiliki oleh anak beliau En Muhammed Mujahid bin Ibrahim.

Sept 2012... Selepas 2 bulan dugaan.

Semoga Sept ini menaikan kembali kejatuhan sey dan perniagaan sey yg toruk menjunam jatuh sejak dari Julai sampai Ogos. Kejatuhan yg teramat toruk bersama downnya masaalah kesihatan sey. Sememangnya segala dugaan ini datang dari ALLAH untuk sey. Sey reado seadonya.

Dugaan ALLAH ini bermakna ALLAH masih sayangkan kita dan kita kena terima dengan hati yg reado. Sey selalu berdoa semoga diri sey mo mak dan abah sey serta isteri,keluarga dan adik2 sey sentiaso dilindungi dari segala marabahayo serta penyakit2 yg berbahayo serta dikurniakan kebaikan kesihatan  dan dipanjangkan umo.

Amin..

Sey jadikan tahun 2012 ini merupokan tahun kesihatan buat keluargo sey mo omakdan abah sey serta adik-adik sey. Amalan sunnah seperti susu kambing, bokam, madu dan lain-lain telah sey priktikkan bersamo keluargo. Sesunggihnya amalan para Rasul2 kito merupakan amalan yg terbaik untuk kito ikuti di samping memohon doa kepada ALLAH untuk dikurniakan kebaikan kesihatan dan dijauhkan segala penyakit.

Sememangnyo selamo ini sey main balun jo, makan apo sajo selagi berselero.Borek pun dah lobih segatuh kilo selamo 13 tahun tak soda-soda.. Dulu borek sey 65~70 lobih jo naik sampai 110kg...40kg tu..Dasat gilo. Skg tengah melakukan usaha penurunan drastik.. Awal Julai ari tu 115 kg turun sampai 90kg dalam 2bulan lobih. Makan dah dikurangkan bersamo senaman boleh dikatokan tiap-tiap hari. Alhamdulillah... segala usaha insyaallah boeh berjaya kembali ke borek asal sey dulu..

Mintak2 dijauhkanlah segalo penyakit dan musibah pado diri sey mo keluargo serto omak,abah dan adik2 sey...amin.

12 September, 2012

Tahun 2012 hampir berlalu..

     Taun 2012 nak ke penghujungnya.... maso yg dah poi takkan kembali.. Tahun nie tahun yg paling memberi erti sey pada kehidupan yg sey dah harungi selamo 41 tahun. Tahun yg sey mula memberikan perhatian pada kesihatan dan pada kesihatan rohani dan jasmani. Umor 40an ini semestinya kita kena beri keutamaan antara duniawi dan akhirat.

    Tahun yg macam-macam sakit mula nak muncul. Sey berdoa pada Allah yg satu semoga dikurniakan kebaikan kesihatan sey dan keluarga sey serta omak dan abah sey serta adik-adik. Semoga dijauhikanlah segala marabahaya di dunia dan akhirat.

   Maso berlalu poi samo laju dengan umo kito meningkat. Semoga kehidupan yang akan ditempuhi dapat kito menafaatkan kejalan yang diredai Allah...Amin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tentang Blog

Blog ini merupakan blog keluarga den. Yang berkenaan dengan keluarga den ajo dan khas untuk keluarga den , harap maklum.

Ucapan

Kami sekeluargo mengucapkan selamat menyambut tahun baru pada semua yang mengenali den dan keluargo den umumnya dan kodai den amnyo..Apa azam baru??

Harian Metro: Setempat