Al-Fatihah untuk Arwah adikku Nurul Wani bte Ibrahim
09 September, 2011
Pemergian Adik Tersayang menemui Ilahi
6 Sept bersamaan 8 Syawal, Adikku telah pergi mengadap Ilahi. Sememangnya tanpa kami duga adik akan pergi selama-lamanya. Inilah ketentuan Ilahi dan semesti perangcangan Allah lagi maha adil dan saksama. Kami sekeluarga redha dengan permergian adik. Sememangnya adik insan yang istimewa. Hati adik suci dan bersih sejak dilahir. Allah mengamanahkan adik pada Mak dan Abah serta keluarga selama 24 tahun.Susah senang adik bersama mereka. Kami rindukan tawa riang adik nanti. Walaupun adik lahir dengan penuh penderitaan dan Mak dan Abah sememangnya tabah mengharung hidup bersama adik tanpa rasa penat dan susah. Dan sememangnya kami amat menyayangi adik. Maafkan kami adik, jika kami ada terkasar pada adik sepanjang hayat adik. Tak sedikitpun kami membencimu Adik. Kami amat sayang pada adik. Sesungguhnya adik adalah insan yang suci disisinya. Doa dan harapan abang, moga adik aman dan damai disana di sisi Ilahi. Doakan Mak dan Abah dik, serta keluargamu ini agar sejahtera di dunia dan di akhirat kerana sesungguhnya adik sememangnya insan istimewa yang suci dan bersih di sisinya. Tak puas rasanya kami nak peluk-peluk dan cuim-cuimmu dik.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tentang Blog
Blog ini merupakan blog keluarga den. Yang berkenaan dengan keluarga den ajo dan khas untuk keluarga den , harap maklum.
Ucapan
Kami sekeluargo mengucapkan selamat menyambut tahun baru pada semua yang mengenali den dan keluargo den umumnya dan kodai den amnyo..Apa azam baru??
Tiada ulasan:
Catat Ulasan