29 November, 2011

Siri Jelajah ke Guangzhou China

Pada 22 Nov 2011 nan lalu, sey bersama wife dan 8 lagi kawan-kawan telah terbang ke bumi China di Guangzhou. Ingin melihat apo yang diperkatokan oleh ramai orang tentang barangan yang ada disana dan kemurahannya. Kerana mengikut trip yang dikelaskan sebagai melancung, maka kami telah mendarat di Macau (Kota Perjudian terbesar di China). Memang dasat melihat perkembangan pesat disana. Maju dan bersih.
Selepas berjalan-jalan melihat kota Macau, kito sumo bergesa ke sempadan Macau (Zhu-Hai)dan di sana kito menginap sehari. Di sana ada sebuah restoren China Muslim untuk kami makan malam.
Keseokan harinya, bertolak ke kota Guangzhou.dengan menaiki bas Express selama 3 jam. Osah lamo ehh dan macam KL ke Ipoh kot.
 Setibo di Guangzhou, terus check-in di hotel Jingjang nama eh yang terletak di Liwan-Lu. Hotel eh punyolah dasat..naik lif pun pakai kad bilik. Cumo tingkat bilik kito jo yang boleh naik. Dasatkan???
Potang eh kito mulo shopping di   Guangzhou.
Terdapat banyak kedai makan untuk Muslim disana. Ada kedai China Muslim dan ada kedai Pak Arab.. tapi kedai Mamak tak pulak sey nampak.Ado satu kodai makan dari Malaysia yang sey jumpo..Makan eh nasik goreng mo teh tarik....Rasa...boleh la tapi tak dapek nak lawan kek Semonyeh punyo kodai makan ehh doh keh keh keh...

Sempadan Macau mo Zhu-Hai. Ket senialah lotak ehh tompek bas express ke   Guangzhou. Ambil kesempatan bergambar ket sanun.. Baru nampak macam kat Chino kan??

Hari yang ke tigo baru makan dengan udang di Restoren Pak Arab..

Ingat nak sarapan kek kodai ket bawah tu ..tapi tutup lagi..terpakso makan keledek bakar..har har har

Inilah goman ehh datang bawak satu beg..balik bawak 4 beg...

Jangan tokojut ket sano ado jua mee goreng meege. Ado banyak barangan dapur yg halal di kedai runcit Pak Arab di sano.. Ado sabun basuh, Meege, Borehh, Sos, Kicap, sadin, roti dan lai-lain lagi lah.. Pendek kato.tak payah bawak dari Malaysia lerr.. Buek borek beg jo...

08 November, 2011

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tentang Blog

Blog ini merupakan blog keluarga den. Yang berkenaan dengan keluarga den ajo dan khas untuk keluarga den , harap maklum.

Ucapan

Kami sekeluargo mengucapkan selamat menyambut tahun baru pada semua yang mengenali den dan keluargo den umumnya dan kodai den amnyo..Apa azam baru??

Harian Metro: Setempat