26 September, 2009

20 September, 2009

Lagi Raya 2009


Ayam di ISAkan tanpa sebab munasabab. Motor Pak Cik anak-anak den.


Mantai kat dalam kebun getah serta siapkan api untuk bakar lomang.





Selamat Hari Raya 2009

Selamat Hari Raya 2009. Hari ini merupakan hari raya ke-3 selepas aku berenti SONY.
Dan aku still alive without japan akah ahak...
Adik Nana tengah main teng2 dengan Umi Nadia.

Nana sedang bakar sabut untuk halau nyamok.

Operasi kopek kelapa dengan karakuri jig. Kelapa untuk buat lemang.



Lemang yang belum dibakar.
Suasana Raya di kampung aku kek Bayai. Suasana raya yang masih dikekalkan sampai sekarang.



17 September, 2009

Waja Acik tak servis laie tu.


Accon dah problem.Lum repair laie.Sok nak jalan rayo kok paneh.
Duit tak cukup2 laie ni. Mano nak cokau.

Mesin Jahit Singer Secondhand


Poi boli mesin jahit sebab mesin jahit yg ado kek gumah tu dah rusak. Poi boli mesin jahit singer terpakai RM340.00 sebab mama nak buek baju rayo dio,kakak,angah dan adik Nana yang comel.
Lopeh ni boleh Aiti Butika pulak kek Somonyeh ni.
Tak gitu Mama oi..
Jangan lupo ... jait selua jin Ayak yang dah lamo kuyak tu.
Ni dah ngantuk ni sebab berbuko minum air sojuk.

16 September, 2009

Lauk teluk itik masak lemak.


Ari ni berbuka makan lauk telur itik masak lomak. Puhhhhh todap... Feberot den tu. Sebab tadi tak sahur den nak makan 2 kali malam ni. ahak ahak ahak.

Tak sahur


Hari ini merupokan hari yang kedua dalam tahun ini tak sahur. Walaupun berlaukkan sardin kuah kuning tapi kalau tak sahur apalah gunanya sardin tu. huk huk hukk.
Ingat berbuko kang nak buek rojakla pulak. ahak ahak ahak ahak.

13 September, 2009

Ikan sebelah (Kisah Nabi Musa)

Pada ari tu, shopping beli barang dapur kek Tesco Pelangi Semenyih tiba2 den ternampak ikan sobolah yang pernak kita dongar kisah Nabi Musa berjumpa Nabi Khidir. Pehh memang tak pornah den tengok ikan tu sebelum ni. Kek Tesco ni lah pertama kali jumpo.

Memang benarlah kekuasaan Allah nikan. Itu pun manusia tak nak pikir. Dan memang benarlah kisah Musa dan Khidir tu kan. Kita pikirlah sendiri yo.


Ikan ni kalau masak, masak apo sodap yo??





Acara main bunga api Ramadan 2009

Acara bermain bunga api pada ramadan 2009. Adik Nana yang paling sibuk ajak main bunga api tak kira malam ko siang ko, siap kono marah laie tu asyik ajak main bunga api yo. Poso dahlah sampai pukul 2 ptg yo.



Apa-apa pun budget bunga api tahun ni adalah sikit kalau nak di kompei tahun lopeh, tahun ni ok sikit. Itu pun Mama Cik dah bising dan. Kato eh dari boli bungo api baik boli cokelat kek kilang cokelat kek Serdang.






Tanah abah kek Soroting.





PakLang Kamal eh kato nak buek projek kek sini. Mudah2han jadi la kan. Banyak bondo nak kono buek ni kalau nak mulakan satu projek. $$$$ tu...poning .....

Nokia N78 den gusak.

Dengan nokia N78 den,Den boleh ambik gambar mikro cam contok kek bawah. Memang canggih. Tapi sumo tu tinggal konangan jo. Ambik gambar sekarang mikro dah tak bulih. Ambik gambo biaso pun banyak problem. Hampeh...hampeh.


Tapi tak po la. Ado duit lobih nanti tukar yang lain plak he he he.

Gambar Adik Nana baru balik tadika dio.






Aiti Komputer 2009

Raya tahun ini merupakan raya pertama Aiti Komputer kerana tahun lepas Aiti Komputer masih lagi Aiti Multimedia. Diharapkan rezeki untuk Aiti Komputer ini mantop le hendaknya dengan lahirnya cawangan di Bahau nanti.

Walaupun pekerja bertukar ganti dan masalah macam2 melanda, insyaalah boleh kita atasi dengan semangat 1Aiti kerja diutamakan keuntungan juga diutamakan keh keh keh... macam motto mamat tu plak.

Aiti diwaktu malam.Cantik tak? Macam kedai kek ke kedai komputer.

Pi Genting masa cuti sekolah ari tu

05 September, 2009

Selamat Hari Raya


Kami sekeluarga mengucapkan selamat hari raya pada semua. Selamat Hari Raya 2009.
Merupakan raya ketiga 3 aku selepas beronti dari Sony. Still alive without Japan.

Kopi Janda



Kopi janda yang Mama naik menyampah nak katanya. Mama oii... ni kopi aje le.

Minumlah kopi janda...mai secawan....

Meggi Goreng


Ingat nak makan Meggi Gorenglah kang masa berbuka. Teringin plak nak makan meggi. Asyik nasik-nasik ajo. Sesekali makan meggi siap lotak tolor, bubuh cili api sikit, perah limau fuhhhhyoooo adihhhhh lapo pulak rasanya.
Kono pulak kopi jando yg den boli kek En Sudi...pehhh.

Main Bunga api


Adik Nana sibuk nak main bunga api. Pi la beli. Skg dah RM15 dulu Ayah beli RM10 jer.

Dah la tu batang kertas dia punyalah panjang. Ciput ajo belerang dia. Apa-apa pun, Adik Nana kata menyeronokkan.... kira ok le tu walaupun dia tak poso.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tentang Blog

Blog ini merupakan blog keluarga den. Yang berkenaan dengan keluarga den ajo dan khas untuk keluarga den , harap maklum.

Ucapan

Kami sekeluargo mengucapkan selamat menyambut tahun baru pada semua yang mengenali den dan keluargo den umumnya dan kodai den amnyo..Apa azam baru??

Harian Metro: Setempat